Aku.....
hati yang terkilan,
kerap mencetuskan pelbagai andaian,
bila dilukakan,
serasa diri tidak lagi diharapkan.
adakalanya ujian dan dugaan boleh
menguatkan semangat menetang arus
kehidupan yang kadang waktunya
memedihkan rasa.
untuk apalah tangisan jika bukan sekadar
melepaskan rasa yang kecewa?
mana mungkin ia mampu membasuh luka
yang rabak, yang mengalirkan darah?
yang menyakitkan...
adakalanya aku mahukan ruang untuk
sebuah kebebasan.
bagai camar yang terbang bebas...
meredah angkasa mengharung laut luas.
siapakah yang boleh meramalkan
nasib malang dan nasib baik sendiri?
perjalanan menyusur takdir.
jejak damai...
dimanakah harus ku cari?
jejak kasih..
barangkali sudah pun terhakis.
ingin kucari damai dihati tetapi ke manakah
harus kuhalakan langkah kaki?
pilihan ini sememangnya tidak pasti tetapi
biarlah ku cuba membawa diri untuk belajar
hidup berdikari.
1 comments:
hurrrm..satu pendekatan yg bagus luahkan tru this blog..ahaks!!!
gambate...aku baru tau ko ada blog!!
Post a Comment